Sunday, June 23, 2019

#NaziDin : How We Met

Hai assalamualaikum. Aku sebenarnya tengah bosan kat rumah dan tak tahu nak buat apa. So tiba-tiba aku terfikir nak buat blog dan nak membebel kat sini. Pastu bila-bila aku bosan aku boleh baca balik dan remind balik kenangan dan memory cewwah. Jujurnya aku taktau nak start macam mana sebab tak reti, so aku start cerita life aku masa kahwin jela 😂 Tapi aku buat blog ni dah lambat, banyak benda dah lepas dan ada yang aku dah tak ingat hahahahah tapi aku try jugak ingat balik dan cerita satu persatu lol.

Untuk post ni aku akan cerita macam mana aku boleh kenal suami aku. Perjalanan cinta kitorang unik taw sebab kitorang punya kisah ni kira bercinta selepas kahwin dan yang kelakarnya aku jumpa jodoh aku ni kat tempat praktikal hehehe dia staf kat tempat praktikal. Aku start praktikal masa Disember 2017, masa mula2 aku masuk praktikal suami aku ni sombong gila, dia tak huha huha macam staf lain2. Masa dah nak dekat2 habis praktikal baru dia start tegur2 aku. Rupanya selama ni dia perati je aku dalam diam, bila tiba masa baru dia nak rapat dengan aku hahahah poyo.

Aku masih ingat lagi kali pertama dia start nak rapat tu, masa tu aku ditugaskan untuk jadi urusetia program kursus kahwin. Kebetulan dia pun ada datang jugak. Bila dah habis program tu kitorang kena kemas2 meja dan kerusi, so sementara kemas2 tu aku tinggal jela barang2 ngan handphone kat meja urusetia di belakang. Lepas siap kemas semua aku pergi meja nak amek balik phone tapi tiba-tiba phone aku hilang weh. Pastu dia acah2 mintak nombor nak mintak call kan untuk cari. Yang aku ni pun bengap caya je sebab dah cuak phone hilang 😂 Rupanya tu taktik dia je nak dapatkan nombor aku, dia yang sorok phone aku 😒

Start haritu bermulalah moment sweet2 dia nak ambil hati aku :)


Tarik2 punchcard tiba-tiba terkeluar sticky notes camni hm berbunga-bunga hati iols sepanjang hari


Hari last praktikal hehehe dua-dua malu


First hadiah yang dia bagi, coklat la ape lagi hahaaha

Haa tu la antaranya. Banyak lagi yang manih2 tapi takde gambar hehehehe. Okay tu je byee 💓